Mereka menulis menerusi amalan, Saya menulis melalui perkataan

Rabu, 19 April 2017

Dyana Sofya Sedih Isu Foto Mesra, Terus Fokus Kutip Dana

Dyana Sofya tidak mahu isu foto mesra dengan seorang lelaki mengganggu khidmatnya sebagai pemimpin muda DAP di Teluk Intan. — Foto oleh Yusof Mat Isa


KUALA LUMPUR. 19 April — Pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud sedih dengan tindakan menyebarkan beberapa keping gambar yang didakwa beliau bermesra dengan seorang wakil rakyat partinya.

Bekas calon Teluk Intan itu sebaliknya menggunakan isu sensasi itu, sejak foto terbaru tersebar petang semalam, untuk mengumpul dana projek kebajikannya di kawasan pilihan raya itu.
“Saya sedih budaya politik kita sudah sampai seteruk ini. Saya tiada masa melayan serangan peribadi dan berdendam seperti ini,” katanya di Instagram malam tadi.
“Saya hanya menumpukan pada kerja dan khidmat saya kepada masyarakat, khususnya penduduk Teluk Intan.”

Tanpa menafikan atau mengesahkan beliau wanita yang dipegang mesra itu, Dyana berkata serangan isu berbau seks itu sudah tiga kali dalam tempoh dua bulan.
Walau tidak menuduh parti lawan sebagai dalang penyebaran, pemimpin DAP Perak itu menjangkakan ia berkaitan dengan politik kerana “mungkin pilihan raya sudah dekat.”

“Tidak kira siapa dalam gambar atau video yang menyebut sayalah orangnya, tindakan ini pencerobohan besar ruang peribadi seseorang,” katanya.
Beliau sedang mengumpul RM10,000 untuk memulakan Pusat Pembangunan Wanita dan RM2,000 lagi untuk membina jeti nelayan Kampung Belakang Kilang Padi.
Share:

British Prime Minister Theresa May calls for general election June 8

GLOBAL - Perdana Menteri United Kingdom (UK) Theresa May hari ini mengumumkan pilihan raya mengejut negara itu akan diadakan pada 8 Jun depan.

Langkah itu diambil bagi mengelakkan pembangkang melemahkan kuasa rundingannya dengan Kesatuan Eropah (EU) dengan menentang rancangan pengeluaran UK dari gabungan itu atau Brexit.

“Dengan berat hati saya putuskan negara ini perlu pilihan raya ini, tetapi dengan keyakinan yang kukuh ia perlu untuk memastikan kepimpinan kukuh dan stabil yang diperlukan negara ini untuk melalui proses Brexit dan keadaan selepas itu,” katanya.

Perkara itu diumumkan di luar pejabat beliau di Downing Street.

May dilantik sebagai perdana menteri selepas rakyat negara itu mengundi untuk keluar daripada EU pada Jun tahun lepas.

Beliau menjadi calon pilihan ramai yang dipercayai paling sesuai memimpin UK keluar daripada EU.

Share:
Dikuasakan oleh Blogger.

Random Posts